Thursday 2 June 2011

ICT Dalam Pendidikan



Sinopsis
1.       Pengenalan:
  •  Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti kaedah mengajar yang sesuai untuk mempromosikan budaya dan kemahiran ICT di kalangan pelajar. Menerusi mata pelajaran Literasi Komputer, kita boleh melihat sama ada pendekatan pengajaran secara tradisional lebih berkesan atau pengajaran secara konstruktivisme (kaedah perantis).
2.      Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:
  • Kumpulan rawatan - P&P menggunakan kaedah perantis. Guru memberikan penerangan dan sokongan pada peringkat permulaan. Sokongan ini beransur-ansur dikurangkan apabila pelajar digalakkan bekerja secara berkumpulan.
  • Kumpulan kawalan- P&P menggunakan kaedah tradisional. Merujuk prinsip tingkah laku di mana pelajar diberi nota serta menjalankan langkah-langkah yang diberikan oleh guru satu-persatu.
3.   Tugasan yang diberi ialah Pembinaan Laman Web.
4.   Dapatan kajian:    
  • Didapati kaedah konstruktivisme lebih berkesan kerana dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang komputer.
5.   Penutup:
  • Jadual waktu anjal perlu dalam melaksanakan kaedah konstruktivisme kerana memerlukan masa yang panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan.
  • Guru perlu berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam P&P.
  • Sentiasa menggalakkan pelajar untuk berdikari dan terapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas.
  • Era digital dan globalisasi menuntut perubahan dibuat ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran.