Wednesday 13 July 2011

Lawatan Penanda Aras




Lawatan Guru- Guru dan Staf Sokongan SK Pida Tiga ke SK Sultan Ahmad Tajuddin

Sebuah sekolah yang menjadi kebanggaan warga pendidikan di Daerah Kubang Pasu. Sekalung tahniah atas kejayaan yang telah dikecapi. Semoga terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.


 

Cikgu-cikgu Pida Tiga sedang mengambil tempat 
sebelum mendengar taklimat.

 

Taklimat ringkas daripada GPK 1 SK Sultan Ahmad Tajuddin.


Tengok-tengok cikgu, mana yang sesuai kita bawa balik
jadikan panduan untuk sekolah kita.

Friday 8 July 2011

Aktiviti Mingguan Puteri Islam SK Pida Tiga, Tunjang Jitra

Pertandingan Mencipta Minuman

Hakim Jemputan, pengusaha kantin sekolah (kanan) sedang menilai minuman setiap kumpulan yang telah mengambil bahagian. Manakala saya (kiri sekali) sedang menunggu keputusannya.


    Gelagat para peserta yang sibuk menyediakan minuman.
    Air bandung istimewa agaknya yang hendak dihasilkan.

    Air minuman yang berjaya dihasilkan oleh ahli Puteri Islam.

    Sajak

    Ketabahanmu Guru

    Ketabahanmu guru
    terserlah pada raut wajah
    nafasmu berbunga ilmu
    katamu tidak pernah dusta
    corakmu lurus dan ikhlas

    Ketabahanmu guru
    terserlah pada raut wajahmu
    tanda berani
    merelakan dan merendah diri

    Ketabahanmu guru
    sama memikul yang berat
    sama memikul yang ringan
    adil dan kasihmu tidak memilih

    Ketabahanmu guru
    membina generasi baru
    mengairi ilmu pada yang satu.