Thursday 2 June 2011

ICT Dalam Pendidikan



Sinopsis
1.       Pengenalan:
  •  Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti kaedah mengajar yang sesuai untuk mempromosikan budaya dan kemahiran ICT di kalangan pelajar. Menerusi mata pelajaran Literasi Komputer, kita boleh melihat sama ada pendekatan pengajaran secara tradisional lebih berkesan atau pengajaran secara konstruktivisme (kaedah perantis).
2.      Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu:
  • Kumpulan rawatan - P&P menggunakan kaedah perantis. Guru memberikan penerangan dan sokongan pada peringkat permulaan. Sokongan ini beransur-ansur dikurangkan apabila pelajar digalakkan bekerja secara berkumpulan.
  • Kumpulan kawalan- P&P menggunakan kaedah tradisional. Merujuk prinsip tingkah laku di mana pelajar diberi nota serta menjalankan langkah-langkah yang diberikan oleh guru satu-persatu.
3.   Tugasan yang diberi ialah Pembinaan Laman Web.
4.   Dapatan kajian:    
  • Didapati kaedah konstruktivisme lebih berkesan kerana dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang komputer.
5.   Penutup:
  • Jadual waktu anjal perlu dalam melaksanakan kaedah konstruktivisme kerana memerlukan masa yang panjang untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan.
  • Guru perlu berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam P&P.
  • Sentiasa menggalakkan pelajar untuk berdikari dan terapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas.
  • Era digital dan globalisasi menuntut perubahan dibuat ke atas kaedah pengajaran dan pembelajaran.


5 comments:

  1. Terbukti kaedah konstruktivisme berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran berbantukan komputer.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman saya mengajar di SK Seri Bintang Utara KL(Sek SBP)9 tahun yg lalu, murid-murid telah mahir menggunakan komputer.40 buah komputer disediakan di makmal komputer. Tetapi di sk yang saya mengajar hanya ada 10 buah tetapi 4 sj berfungsi...jadi bgmana kaedah ini boleh digunakan?

    ReplyDelete
  3. ni la salah satu masalah yg dihadapi oleh sekolah SK..terutamanya luar bandar....kekurangan smber kewangan, kurang penglibatan NGO @ individu tertntu yg sudi menghulur bantuan demi anak bangsa...oleh itu cikgu2 perlu ada iniasitif sendiri utk memastikan anak muridnya tidak ketinggalan...tak gitu cikgu Zaleha

    ReplyDelete
  4. Sesuai sangat artikel ni.P&P berasaskan ICT memang bagus dan menarik minat pelajar tetapi kemudahan berkenaan perlu diperluasakan.

    ReplyDelete